Tak sempat nobat Ratu Gedik, Ratu Dangdut

Wanita berpakaian ketat turut dikenakan saman oleh penguatkuasa JAHEAIK yang turut serta dalam Operasi Noda Khas Bersepadu malam tadi. Serbuan dilakukan pada jam 11.20 malam itu mendapati mereka yang sebahagiannya warga emas leka berhibur dengan pertandingan karaoke di dalam bilik di sebuah restoran malam tadi.

A
A
A

KOTA BHARU - Seramai 12 peserta wanita tidak sempat dipilih untuk dinobatkan sebagai Ratu Gedik dan Ratu Dangdut apabila ditahan dalam satu pertandingan yang dianjurkan tanpa lesen di sebuah restoran di Tanjong Chat malam tadi.

Turut ditahan dalam Ops Noda Khas bersepadu pada jam 11.20 malam itu ialah seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dan seorang artis bekas peserta program realiti televisyen.

Ketua Polis negeri, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, mereka ialah antara 23 yang ditahan dalam operasi berkenaan dan kesemua berusia dalam lingkungan 30 sehingga 65 tahun.

"Ketika serbuan mereka yang sebahagiannya warga emas berada dalam sebuah bilik dan sedang leka berhibur dengan pertandingan nyanyian karaoke sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-63.

“Artis berusia 35 tahun dipercayai dilantik sebagai juri pertandingan membabitkan beberapa kategori termasuk Vokal Terbaik, Persembahan Terbaik, Ratu Gedik dan Ratu Dangdut," katanya.

Operasi melibatkan anggota polis dari Cawangan Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan diketuai Inspektor Muhammad Farid Abu Othman.
Operasi melibatkan anggota polis dari Cawangan Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan diketuai Inspektor Muhammad Farid Abu Othman.

Menurutnya, mereka menganjurkan jamuan makan serta pertandingan karaoke tanpa lesen bagi menyambut Hari Kebangsaan ke-63 selain tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Operasi melibatkan anggota polis dari Cawangan Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan diketuai Inspektor Muhammad Farid Abu Othman.

Artikel Berkaitan:

Turut serta penguat kuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dan pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK).

Beliau berkata, pihak polis turut menahan seorang lelaki pemilik dipercayai pemilik premis berusia 65 tahun bagi membantu siasatan.

“Sebanyak 18 jenis peralatan karaoke dirampas dan kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu untuk tindakan lanjut.

“Mereka dikompaun sehingga RM1,000 mengikut Peraturan 10 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkir 1988 dan boleh dihukum di bawah peraturan 11(1) mengikut peraturan yang sama,” katanya.

Dalam operasi sama, lima wanita seksi dikenakan saman oleh JAHEAIK kerana berpakaian mencolok mata.

Kesalahan melakukan perbuatan tidak sopan itu boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.