Empat beradik ditahan positif dadah

Operasi bermula jam 9 pagi hingga 6 petang semalam menggempur ke beberapa kawasan dikenal pasti port penagihan. -Foto AADK
Operasi bermula jam 9 pagi hingga 6 petang semalam menggempur ke beberapa kawasan dikenal pasti port penagihan. -Foto AADK
A
A
A

SUNGAI PETANI - Empat beradik antara 17 individu yang ditahan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) kerana didapati positif dadah dalam operasi Ops Cegah sekitar daerah ini, semalam.

Ketua Pegawai AADK Daerah Kuala Muda, Arnida Ishak berkata, empat beradik kesemuanya lelaki berusia antara 28 dan 42 tahun itu ditahan dalam sebuah rumah di Kampung Bukit Sera, yang disyaki dijadikan sebagai port penagihan.

Menurutnya, pemeriksaan ke dalam rumah sama mendapati, rumah itu turut didiami oleh ibu dan dua kakak mereka.

"Antara kawasan lain yang digempur AADK termasuk Flat Paya Nahu, Taman Ria Jaya, Taman Nilam, Taman Kenari dan Taman Seri Impian. Seramai 10 orang yang ditahan adalah positif dadah jenis methamphetamine dan morphine termasuk empat beradik lelaki manakala tujuh orang lagi positif dadah jenis methamphetamine.

"Operasi yang bermula pada jam 9 pagi hingga 6 petang itu disertai enam anggota AADK Daerah Kuala Muda diketuai oleh Irdawati Abdul Hamid," katanya.

Seramai 17 individu ditahan termasuk empat beradik dikesan positif dadah. -Foto AADK
Seramai 17 individu ditahan termasuk empat beradik dikesan positif dadah. -Foto AADK

Hadir sama menyertai operasi, Timbalan Pengarah Kanan Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK Negeri Kedah, Nasru'd-din Abdul Rahman bersama pegawai serta anggota.

Kesemua mereka yang ditahan berumur dari 21 hingga 45 tahun itu disiasat bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 Pindaan 1998.

Artikel Berkaitan:

Katanya, operasi kali ini menyasarkan kepada aduan menerusi talian hotline memandangkan AADK Daerah Kuala Muda antara daerah paling tinggi menerima panggilan secara dalam talian.