Vell Paari tekad perkasa komuniti India

Vell Paari ketika bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar di Parlimen hari ini.
Vell Paari ketika bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar di Parlimen hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Anak lelaki Tun S Samy Vellu, Datuk Seri S Vell Paari yang mengangkat sumpah sebagai Senator Dewan Negara hari ini bertekad memperjuangkan hak komuniti India di negara ini.

Vell Paari merupakan lantikan Yang di-Pertuan Agong berkata, beliau akan merangka perancangan memastikan kaum itu turut mendapat peluang yang sama dalam semua sektor.

"Saya berhasrat untuk memperkasakan lagi komuniti India supaya turut diberi peluang sama rata dalam semua sektor seperti kaum lain," katanya pada sidang akhabr di Parlimen di sini hari ini.

Vell Paari yang sebelum ini pernah menjadi Setiausaha Agung MIC serta Bendahari Agung MIC mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim.

Turut mengangkat sumpah di hadapan Rais ialah Mohamad Apandi Mohamad; Ahmad Yahaya dan Datuk Wira Othman Aziz.

Mohamad Apandi lantikan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan serta Ahmad Yahaya dan Datuk Wira Othman Aziz merupakan lantikan DUN Kedah.

Artikel Berkaitan: