Bekas ketua penyeksa Khemer Rouge meninggal dunia

Kaing Guek Eav meninggal dunia di sebuah hospital di Phom Penh pada awal hari ini. - Foto AFP
Kaing Guek Eav meninggal dunia di sebuah hospital di Phom Penh pada awal hari ini. - Foto AFP
A
A
A

PHNOM PENH - Bekas ketua penyiasat dan ketua penyeksa untuk rejim Khmer Rouge Kaing Guek Eav, meninggal dunia awal hari ini di sebuah hospital di Phnom Penh.

Guek Eav, 77, yang lebih dikenali dengan nama panggilan Duch telah berkhidmat sebagai ketua penjara Tuol Sleng yang terkenal.

Dia kemudian disabitkan dengan kesalahan jenayah menentang kemanusiaan oleh sebuah tribunal jenayah perang yang mendapat sokongan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana peranannya dalam rejim `pembunuhan' itu.

Jurucakap tribunal itu, Neth Pheaktra berkata, Duch yang dimasukkan ke sebuah hospital sejak Isnin lalu meninggal dunia selepas waktu tengah malam.

Dia selalu keluar dan masuk hospital selama bertahun-tahun dan mengalami masalah paru-paru yang serius.

Dilahirkan pada tahun 1942, bekas guru matematik itu menjadi penyeksa apabila rejim ultra-Maoist berkuasa dari tahun 1975 hingga 1979.

Duch menyaksikan penyeksaan dan pengakuan ribuan lelaki, wanita dan kanak-kanak di bekas sekolah Tuol Slen dengan menyebabkan kira-kira 15,000 orang dibunuh di kawasan tempat hukuman mati yang dikenali sebagai 'Killing Fields'.

Dia merupakan anggota pertama Khmer Rouge yang berhadapan dengan penghakiman di hadapan sebuah tribunal jenayah perang di Kemboja dan dihantar untuk menghabiskan sisa-sisa baki kehidupannya di penjara Kendal.

Artikel Berkaitan:

Duch dihukum penjara seumur hidup pada tahun 2012 oleh tribunal tersebut. - Agensi