Menteri Pengangkutan menghadap Sultan Selangor

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong semalam. - Foto Royal Selangor Office
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong semalam. - Foto Royal Selangor Office
A
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong semalam.

Selangor Royal Office menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan, pada pertemuan di Istana Bukit Kayangan Shah Alam itu, Ka Siong menyembah maklum kepada baginda berkenaan perkembangan terkini jajaran projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

"Pada pertemuan ini, baginda disembah maklum oleh Menteri mengenai perkembangan terkini jajaran projek ECRL.

"Jajaran ECRL ini khususnya yang membabitkan negeri Selangor," katanya.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong semalam. - Foto Royal Selangor Office
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong semalam. - Foto Royal Selangor Office

Terdahulu, baginda berkenan menerima menghadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari untuk menyembah maklum dan memberi taklimat berkenaan penetapan jajaran ECRL di negeri Selangor di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam semalam.

Dalam pertemuan itu, baginda menitahkan supaya projek ECRL di negeri ini tidak memberi masalah kepada rakyat.

Baginda bertitah, projek ECRL itu harus mengambil kira impak sosial terhadap kawasan penempatan kampung tradisi dan orang asli serta impak kepada alam sekitar dan kawasan tadahan.

Artikel Berkaitan: