31 penduduk Taman Jasmin hias rumah dengan bendera

Norhasnita menunjukkan payung yang dilukis bendera Malaysia dan hiasan laman rumahnya di Taman Jasmin, Seremban dihiasi Jalur Gemilang.
Norhasnita menunjukkan payung yang dilukis bendera Malaysia dan hiasan laman rumahnya di Taman Jasmin, Seremban dihiasi Jalur Gemilang.
A
A
A

SEREMBAN - Semangat menyambut Hari Kebangsaan dibuktikan oleh 31 penduduk di Taman Jasmin di sini melalui penyertaan dalam pertandingan kibar Jalur Gemilang.

Pertandingan anjuran Kawasan Rukun Tetangga(KRT) dan Jiran Wanita taman itu bertujuan menyemarakkan lagi sambutan itu tahun ini.

Suri rumah, Norhasnita Zainudin, 42, berkata, dia memperuntukkan RM100 untuk menghias kawasan rumahnya dengan menggunakan barangan terpakai.

"Biasanya saya hanya memasang satu bendera Malaysia sahaja tetapi tahun ini lebih istimewa kerana kawasan rumah dihias dengan bendera.

"Saya dan suami juga mengecat payung dengan warna bendera Malaysia serta menampal maklumat sejarah kemerdekaan negara dan senarai Perdana Menteri," katanya kepada Sinar Harian.

Peniaga Zuraimi Zainal Abidin, 44, pula bukan sahaja menghias rumahnya dengan bendera Malaysia tetapi bendera setiap negeri dan membina replika bangunan KLCC menggunakan botol.

"Ini pertama kali saya menyertai pertandingan dan ia agak menyeronokkan kerana dapat memeriahkan Hari Kebangsaan kita," katanya.

Artikel Berkaitan: