Unifi tawar penggabungan produk, perkhidmatan

Anand Vijayan
Anand Vijayan
A
A
A

UNIFI menawarkan penggabungan pakej kepada pelanggannya dengan menyatukan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan bagi membolehkan mereka menikmati hiburan dan internet secara lancar di mana-mana sahaja.

Pelanggan boleh memilih opsyen jalur lebar kediaman dan menggabungkannya dengan pelan data mudah alih 4G LTE tanpa had, pek hiburan unifi TV serta pilihan peranti seperti unifi Plus Box atau Mesh Wi-Fi.

Ketua Pegawai Komersial, Telekom Malaysia, Anand Vijayan berkata, pek disesuaikan untuk memenuhi keperluan internet, rangkaian mudah alih serta kandungan TV untuk rakyat Malaysia.

“Kami sedar pengguna sering berdepan dengan kesukaran untuk memilih perkhidmatan yang boleh memberikan mereka nilai yang terbaik.

“Justeru, kami di unifi telah memudahkan proses ini dengan menggabungkan semua pilihan menjadi satu pakej menarik, sekali gus untuk memberikan nilai pulangan yang lebih,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, pelanggan sedia ada unifi juga boleh memanfaatkan tawaran berkenaan yang bertemakan ‘unifi Duniamu’ bermula semalam.

Sementara itu, Ketua Segmen Pengguna TM, Armizy Abdullah Shukri berkata, pihaknya berusaha meningkatkan lagi menghubungkan lebih banyak rumah kepada internet jalur lebar agar pelanggan mereka dapat menikmati pengalaman internet terbaik.

Artikel Berkaitan: