Pejabat Tanah Pahang terlepas pandang?

No Image Caption
A
A
A

ISU 111 pekebun yang menceroboh tanah kerajaan negeri Pahang di Raub akan jadi isu sensitif dan panas. Maklumlah yang terlibat ialah para pekebun Cina.

Mereka tentunya mendapat pembelaan daripada pimpinan politik dan media berbahasa Cina.

Sejak isu itu berbangkit kita hanya mendengar daripada pihak yang tak setuju dengan perbuatan mereka.

Kita tak dengar pula suara atau pandangan mereka sendiri. Kita sepatutnya dapat maklumat juga daripada pihak-pihak yang bertanggungjawab di Pahang.

Penanam durian yang terlibat sudah mengusahakan tanah itu sejak lama. Peliknya bagaimanakah hal itu boleh berjalan begitu lama?

Bagaimanakah mereka boleh menceroboh lebih 5,000 hektar tetapi tiada siapa ambil peduli?

Penyakit tak ambil peduli jangan sampai jadi wabak Covid-19 dalam pentadbiran tanah di negeri tertentu.

Dalam kes di Raub itu, khabarnya pencerobohan dah bermula sejak tahun 1980-an dan 1990-an lagi.

Artikel Berkaitan:

Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) buat kenyataan bahawa penguat kuasa korup punca tanah kerajaan diceroboh. Awang setuju dengan pandangan itu.

Memang kita patut ambil tindakan pada penceroboh tanah kerajaan. Tapi kita kena juga ambil tindakan pada mereka yang menutup mata sebelah pada kegiatan itu.

Kes di Raub itu hanya salah satu contoh. Banyak lagi tanah kerajaan yang jadi mangsa disebabkan penguat kuasa yang tak ada integriti.