Agihan kerusi: Hati-hati jika tidak mahu disabotaj

Muka depan Sinar Harian 4 Mac lalu.
Muka depan Sinar Harian 4 Mac lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Muafakat Nasional (MN) perlu berhati-hati dalam isu pembahagian kerusi kerana dibimbangi wujud pertelingkahan dan sabotaj dalaman yang boleh memberikan kesan buruk terhadap persediaan menghadapi pilihan raya.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Profesor Dr Sivamurugan Pandian berkata, terdapat tiga isu yang menjadi halangan dalam menentukan pembahagian kerusi.

Menurutnya isu pertama adalah kerusi milik UMNO yang kini beralih sokongan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), manakala isu kedua dan ketiga adalah kerusi UMNO dan Pas yang mengalami kekalahan yang sedikit pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Persoalannya, siapakah yang akan diberi peluang bertanding? Bagaimanakah kerusi dimenangi bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu kem Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Sukar untuk mencari formula agihan kerusi yang ideal kepada semua parti, selain perlu elakkan sabotaj dan pertelingkahan dalaman,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Sivamurugan Pandian
Sivamurugan Pandian

Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain berkata, UMNO, Bersatu dan Pas perlu berbincang bagi memastikan wujud perlawanan satu lawan satu pada PRU15.

“Sebaiknya, lihat parti mana yang mempunyai lebih faktor kemenangan, maka parti itu patut diberikan laluan.

Artikel Berkaitan:

“Kini, sokongan pengundi Melayu masih kepada UMNO dan Pas,” katanya.

Mohd Izani Mohd Zain
Mohd Izani Mohd Zain

Mohd Izani berkata, calon yang ingin diketengahkan pula mesti berintegriti tinggi, mempunyai rekod yang baik dan mampu memberikan tawaran baharu kepada rakyat.

“Dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), rakyat perlukan pemimpin yang proaktif dan boleh memberikan tawaran baharu kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata, terdapat juga desakan untuk meletakkan calon muda dan bukan calon kitar semula pada PRU15.