Rukun Negara bukan perhiasan

No Image Caption
A
A
A

AWANG setuju sangat Hari Kebangsaan yang ke-63 tahun ini beri tumpuan pada semangat Rukun Negara. Memang banyak orang yang dah lupa pada Rukun Negara.

Rakyat Indonesia ada Pancasila yang mereka pegang dengan kuat. Semangat patriotisme mereka sangat menonjol apabila tiba Hari Kemerdekaan republik itu.

Di negara itu, Hari Kebangsaan tak ada kena-mengena dengan parti atau bangsa. Mereka anggap diri mereka satu bangsa dan satu negara. Kebanggaan rakyat Indonesia pada jati diri mereka memang diketahui dunia.

Tapi di Malaysia, soal patriotisme lain pula keadaannya. Nak naikkan Jalur Gemilang pun perlu digesa. Berapa buah kereta di jalan raya yang kibarkan bendera semasa Hari Kebangsaan kita? Oleh sebab itu, ada yang kata bagi rakyat kita Rukun Negara hanya perhiasan semata-mata.

Semangat patriotisme itu ada kaitannya dengan soal perpaduan kaum di negara ini. Nampaknya rakyat semakin renggang oleh sebab politik perkauman yang melampau.

Pada tahun 2013, kerajaan BN wujudkan Majlis Perundingan Perpaduan Negara (NUCC). Banyaklah cadangan yang pernah dibuat.

Malangnya macam biasalah, kita pandai tubuhkan majlis atau jawatankuasa, tapi bila dah bentuk dan beri cadangan, tiada siapa yang peduli.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Sadique kenalah tengok balik cadangan daripada majlis perundingan itu.

Artikel Berkaitan: