SAM terima suntikan dana KBS sebanyak RM150,000

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (tengah) bergambar bersama barisan penerima anugerah pada Majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) 100Plus 2019 di Akademi Badminton BAM, Bukit Kiara hari ini. - Foto Bernama

A
A
A

PERSATUAN Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) menerima suntikan dana sebanyak RM150,000 daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Peruntukan itu diumumkan Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican semasa berucap pada Majlis Anugerah SAM-100PLUS 2019 di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara hari ini.

Reezal Merican berkata, daripada jumlah itu, RM50,000 diberikan dalam bentuk subsidi bagi membiayai sewa ruang pejabat SAM bagi tempoh dua tahun sehingga Disember 2022 manakala RM100,000 lagi merupakan bantuan kewangan.

"Bantuan kewangan sebanyak RM100,000 perlu dilunaskan sebelum berakhir bulan September ini. Saya berharap SAM akan mengorak langkah untuk terus melaungkan nama Malaysia kepada seluruh pelosok dunia menggunakan pelbagai medium komunikasi yang wujud pada masa ini," katanya.

Beliau turut mencadangkan SAM menyumbang kepakaran dalam bidang pendigitalan kepada Persatuan Sukan Kebangsaan agar dana pendigitalan sebanyak RM30,000 yang diperuntuk menerusi Bantuan Prihatin Sukan dapat dimanfaatkan sebaiknya. - Bernama

Artikel Berkaitan: