Isu kuarantin Khairuddin: Ini respons Presiden Pas

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berucap pada Konyensyen Setengah Tahun Pentadbiran Perikatan Nasional (PN) di Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) hari ini. - Foto Bernama
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berucap pada Konyensyen Setengah Tahun Pentadbiran Perikatan Nasional (PN) di Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pas meletakkan isu moral sebagai perkara utama dalam menentukan tindakan terhadap pemimpin parti itu.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu akan memecat mana-mana pemimpinnya yang terlibat dengan isu moral melibatkan maksiat yang secara terang-terangan bercanggah dengan Islam.

Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya menyerahkan kepada undang-undang untuk menentukan berkenaan isu melibatkan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali yang melanggar perintah kuarantin wajib Covid-19.

"Yang penting moral dulu. Kalau buat sesuatu maksiat yang bercanggah dengan lslam dan moral, kita pecat dia.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Mohd Khairuddin sepatutnya tidak lagi jadi isu: Pas

Bukit Aman ambil masa 3 jam rekod keterangan Khairuddin

"Dalam Pas yang pertama adalah dari segi maksiat dulu. Yang kedua kalau ada salah laku, itu kita serah kepada undang-undang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran Perikatan Nasional (PN) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu Mohd Khairuddin yang melanggar perintah kuarantin wajib Covid-19 sehingga dikaitkan dengan kisah burung hud-hud di zaman Nabi Sulaiman dinyatakan Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

Hashim menyifatkan kisah Mohd Khairuddin umpama seekor burung hud-hud dalam kisah Nabi Sulaiman dalam ucapannya di Muktamar Dewan Ulama Pas Perak.

Kisah berkenaan menceritakan bagaimana burung hud-hud tidak mengikut arahan Nabi Sulaiman untuk mencari sumber air.

Jumaat lalu, Mohd Khairuddin hadir memberi keterangan bersama beberapa orang saksi di Bukit Aman atas kesalahan melanggar perintah kuarantin wajib Covid-19 setelah pulang dari Turki dan tiba di Malaysia pada 7 Julai lalu.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan memaklumkan Mohd Khairuddin sudahpun dikenakan kompaun RM1,000 atas kesalahan tersebut pada 7 Ogos.

Minggu lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan ke atas Khairuddin dan menegaskan tiada siapa pun yang boleh mengatasi undang-undang.