Babi hutan tidur guna bantal, selimut

Babi hutan berkenaan tidur guna bantal dan selimut menarik perhatian penduduk. - Foto IDN Times
Babi hutan berkenaan tidur guna bantal dan selimut menarik perhatian penduduk. - Foto IDN Times
A
A
A

SUMATERA - Seekor babi hutan memiliki tingkah laku aneh menjadi bualan hangat penduduk Kampung Karang Waru, Sumatera Selatan di sini apabila gemar tidur menggunakan bantal dan selimut.

Penduduk, Reno, 34, berkata, babi jinak itu ditemui di hutan sebelum mengekori pulang ke rumah, lapor IDN Times.

"Saya terjumpa haiwan ini di dalam hutan. Biasanya haiwan ini melihat manusia, ia akan lari atau kita yang kena sondol.

"Tetapi haiwan ini jinak, tidak takut mendekati manusia. Sebelum pulang, saya mengusir haiwan itu tetapi tidak mahu pergi dan menitiskan air mata seperti menangis.

"Saya berasa kasihan, akhirnya memutuskan untuk membelanya," katanya.

Babi hutan jadi tumpuan penduduk. - Foto IDN Times
Babi hutan jadi tumpuan penduduk. - Foto IDN Times

Menurut, ketua Kampung Karang Waru, Arwan mengakui haiwan tersebut sangat jinak.

"Babi ini tidak mahu tidur tanpa bantal dan selimut. Selain dari kebiasaan tidur, babi juga enggan makan tanpa nasi dan susu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, difahamkan hutan tersebut adalah lokasi haiwan berkenaan berkeliaran untuk mencari makanan.

Berkemungkinan berhampiran dengan kampung, haiwan tersebut tidak gentar apabila melihat manusia, sebaliknya terlalu jinak.

Haiwan itu kini menjadi tontonan penduduk kampung kerana ingin melihat tingkah laku anehnya dan kisahnya juga tular di laman sosial.