Protes ves kuning masih berlarutan di Paris

Protes ves kuning di Perancis mengakibatkan pertempuran berterusan dengan pihak berkuasa. - Foto AFP
Protes ves kuning di Perancis mengakibatkan pertempuran berterusan dengan pihak berkuasa. - Foto AFP
A
A
A

PARIS - PERANCIS. Ribuan penunjuk perasaan ves kuning berarak di Paris dan beberapa bandar lain semalam, susulan protes anti kerajaan yang kini memasuki minggu ke-11.

Protes disertai kira - kira 22,000 orang, jumlah lebih kecil berbanding tunjuk perasaan sebelum ini, namun kekecohan tetap berlaku di beberapa lokasi himpunan.

Tunjuk perasaan ves kuning bermula pertengahan November lalu berikutan cadangan kerajaan menaikkan cukai bahan api, ia lalu bertukar menjadi protes besar - besaran terhadap kerajaan Presiden Emmanuel Macron.

Dalam usaha menenangkan rakyat Perancis, Macron melancarkan debat umum yang diharapkan dapat mencari penyelesaian berhubung kemelut terbabit.

Dalam pada itu, beberapa ahli ves kuning mencadangkan beberapa calon untuk bertanding dalam pilihan raya Mei depan untuk Parlimen Eropah.

Sementara itu, pihak yang menentang tunjuk perasaan ves kuning mengutuk keganasan yang berlaku susulan protes terbabit. - Reuters

Artikel Berkaitan: