Budak perempuan diculik di stesen minyak

Lelaki dirakam menculik kanak-kanak perempuan di stesen minyak.
Lelaki dirakam menculik kanak-kanak perempuan di stesen minyak.
A
A
A

BORYSPIL - Seorang kanak-kanak perempuan diculik ketika menemani ibunya membayar wang selepas mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Boryspil Ukraine di sini.

Kejadian itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di stesen tersebut, lapor Mirror.

Ketua Polis Ukraine, Andrey Nebytov, berkata, mangsa, Elizaveta Kolisnichenko, 4, dilarikan seorang lelaki menaiki sebuah kereta berwarna putih.

"Rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki berpakaian hitam dan jeans gelap membawa Elizaveta Kolisnichenko ke tempat duduk belakang sebuah kereta putih.

"Semasa kejadian, bapa mangsa berada di dalam kereta namun tidak menyedari anaknya diculik sehingga ibunya melihat anaknya tiada bersamanya.

"Saksi memberitahu semasa wanita itu membayar duit petrol, anaknya berada di tempat mainan," katanya.

Bertindak atas laporan, sepasukan anggota dikerahkan mengesan mangsa.

"Setelah dua jam operasi mencari, mangsa ditemui berhampiran Lapangan Terbang Boryspil dan penculiknya merupakan seorang lelaki penduduk tempatan berusia 29 tahun.

Artikel Berkaitan:

"Anak kecil itu kemudiannya diserahkan kepada keluarganya," katanya.

Nebitov mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam usaha pencarian sambil menambah bahawa beliau yakin pihaknya berjaya membanteras kes melibatkan seksual.