'ECRL tidak harus beri masalah kepada rakyat'

Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Seri Amirudin Shari di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam hari ini.
Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Seri Amirudin Shari di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya projek East Coast Rail Link (ECRL) di negeri ini tidak memberi masalah kepada rakyat.

Baginda bertitah, projek ECRL itu harus mengambil kira impak sosial terhadap kawasan penempatan kampung tradisi dan orang asli serta impak kepada alam sekitar dan kawasan tadahan.

"Projek ini juga perlu jauh daripada bekalan sumber air mentah seperti empangan serta tidak melalui kawasan-kawasan berisiko di Permatang Kuartza.

"Setiap projek pembangunan di negeri Selangor perlu sentiasa mengambil kira masalah yang disebutkan tadi demi memastikan kesejahteraan rakyat pada masa hadapan," titah baginda.

Sultan Sharafuddin (dua dari kiri) berkenan menerima menghadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bersama Mohd Amin Ahmad dan Nor Fuad di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam semalam.
Sultan Sharafuddin (dua dari kiri) berkenan menerima menghadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bersama Mohd Amin Ahmad dan Nor Fuad di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam semalam.

Baginda bertitah ketika berkenan menerima menghadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari untuk menyembah maklum dan memberi taklimat kepada baginda berkenaan penetapan jajaran ECRL di negeri Selangor di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam di sini hari ini.

Turut menghadap, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) merangkap Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Dr Nor Fuad Abdul Hamid.

Artikel Berkaitan: