Hadi pemimpin pertama buat SD sokong Muhyiddin jadi PM

Muhyiddin ketika hadir Konyensyen Setengah Tahun Pentadbiran Perikatan Nasional (PN) di Pusat Aktiviti Universiti Malaya (PAUM), Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama
Muhyiddin ketika hadir Konyensyen Setengah Tahun Pentadbiran Perikatan Nasional (PN) di Pusat Aktiviti Universiti Malaya (PAUM), Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan bahawa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang antara pemimpin terawal menyokong beliau dilantik sebagai Perdana Menteri.

Beliau berkata, lantikan sebagai Perdana Menteri berlaku dengan sokongan ahli Dewan Rakyat daripada 12 parti politik tanpa sebarang komplot.

"Saya sendiri pun tidak menjangka menjadi Perdana Menteri. Tetapi oleh kerana berlakunya krisis politik agak rumit ketika itu, rakan-rakan pimpinan parti-parti yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini mencadangkan nama saya sebagai Perdana Menteri.

"Antara yang paling awal menyokong saya ialah Abdul Hadi, Ahli Parlimen Marang dan Presiden Pas. Surat akuan bersumpah (SD) pertama juga dibuat oleh Abdul Hadi.

"Tak ada komplot. Tak ada skema politik luar biasa untuk ambil alih atau jatuhkan seseorang," katanya ketika berucap sempena Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran Perikatan Nasional (PN) di sini hari ini.

Muhyiddin dilantik sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac lalu setelah mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pelantikan itu juga susulan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ketujuh.

Artikel Berkaitan: