X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Kluster Benteng LD libatkan PATI dikenal pasti

Kluster Benteng LD dikenal pasti melibatkan PATI yang ditahan dalam Op Benteng di Lahad Datu.
A
A

PUTRAJAYA - Kluster Benteng LD yang melibatkan tahanan pendatang asing izin (PATI) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu adalah kluster Covid-19 terbaharu yang dikenal pasti.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, seramai 50 PATI ditahan dalam Op Benteng.

"Sebelum dimasukkan ke lokap, ujian saringan Covid-19 dilakukan terhadap mereka pada 28 Ogos lalu.

"Hasil saringan mendapati enam PATI dan seorang warga tempatan disahkan positif Covid-19, manakala 43 individu dari kumpulan itu disahkan negatif," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 di Kementerian Kesihatan (KKM) di sini hari ini.

Dalam pada itu, menurutnya, KKM menyambut baik keputusan untuk menyekat kemasukan pemegang Pas Jangka Masa Panjang warga India, Indonesia dan Filipina seperti diumumkan Menteri Kanan Pertahanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bermula 7 September ini.

"Masyarakat juga diminta untuk terus patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan sambil mengamalkan langkah pencegahan jangkitan Covid-19.

"Orang ramai perlu memainkan peranan memerangi wabak Covid-19 dengan penuh tanggungjawab terhadap komuniti, masyarakat dan negara," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!