Perintah berkurung perairan ESSZone lanjut hingga 17 September

Pasukan keselamatan akan terus memperkukuhkan kawalan ESSZone bagi memastikan keselamatan perairan itu sentiasa terpelihara daripada sebarang ancaman kumpulan pengganas dan penjenayah rentas sempadan.
Pasukan keselamatan akan terus memperkukuhkan kawalan ESSZone bagi memastikan keselamatan perairan itu sentiasa terpelihara daripada sebarang ancaman kumpulan pengganas dan penjenayah rentas sempadan.
A
A
A

KOTA KINABALU - Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir pada jam 6 petang hari ini dilanjutkan hingga 17 September ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, perintah yang melarang komuniti di kawasan terlibat keluar dari rumah atau memasuki kawasan perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan serta Beluran berkuat kuasa dari jam 6 petang hingga 6 pagi setiap hari.

"Arahan ini dilanjutkan bagi memudahkan penguatkuasaan serta pemantauan terhadap pergerakan bot selain menimbulkan rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet selain nelayan dengan kehadiran kapal anggota keselamatan di sekitar kawasan terlibat.

"Perintah berkurung ini dapat memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh oleh pengganas yang mengancam keselamatan komuniti maritim termasuk penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan serta pelancong di pulau-pulau peranginan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, terdapat maklumat menyatakan kumpulan yang menjalankan kegiatan menculik untuk wang tebusan (KFR) dari selatan Filipina termasuk Kumpulan Abu Sayyaf masih cuba menceroboh untuk melakukan penculikan dan lain-lain jenayah rentas sempadan. - Bernama

Artikel Berkaitan: