109 ahli sindiket judi dicekup

Seramai 109 individu ditahan dalam dua serbuan di daerah Timur Laut dan Seberang Perai Selatan pada 29 Ogos lalu kerana terlibat dalam perjudian dalam talian.
Seramai 109 individu ditahan dalam dua serbuan di daerah Timur Laut dan Seberang Perai Selatan pada 29 Ogos lalu kerana terlibat dalam perjudian dalam talian.
A
A
A

NIBONG TEBAL- Polis berjaya menumpaskan sindiket judi dalam talian dengan penahanan seramai 109 ahli sindiket dalam dua serbuan di daerah Timur Laut dan Seberang Perai Selatan pada 29 Ogos lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Sahabudin Abd Manan berkata, dalam serbuan pertama, polis menyerbu sebuah kondominium di Jelutong dan menahan 10 individu.

Menurutnya, tangkapan terdiri daripada tujuh lelaki tempatan dan tiga lelaki warga China berusia lingkungan 20 hingga 61 tahun.

"Sindiket diketuai lelaki warga China berusia 61 tahun itu telah beroperasi sejak setahun lalu dengan menggunakan nama syarikat YLB. Suspek warga China itu mempunyai dokumen perjalanan yang sah namun telah tamat tempoh.

"Modus operandi sindiket ini adalah dengan mengiklankan perjudian dalam talian melalui aplikasi WhatsApp dan WeChat. Mereka mensasarkan pelanggan warga tempatan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan semalam.

Sahabudin (dua dari kanan) menunjukkan barang yang dirampas pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan hari ini.
Sahabudin (dua dari kanan) menunjukkan barang yang dirampas pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan hari ini.

Tambahnya, polis merampas dua set komputer, enam buah komputer riba, 419 telefon bimbit, tiga buah modem, 12 keping kad bank serta empat buah kenderaan iaitu Toyota Alphard, Kia, Toyota Vios dan Proton Saga.

"Sindiket ini mengaut keuntungan RM100,000 hingga RM200,000 sebulan manakala kad bank untuk transaksi wang bagi aktiviti judi dalam talian telah disewa daripada individu tertentu dengan sewaan RM500 sebulan.

Artikel Berkaitan:

"Pekerja premis dibayar gaji RM2,500 hingga RM4,000 sebulan. Kesemua tangkapan direman sehingga 2 September," katanya.

Sahabudin berkata, dalam serbuan kedua pula, polis menahan 99 individu yang terdiri daripada 40 lelaki tempatan, dua wanita warga tempatan, 50 lelaki China dan tujuh wanita China berusia lingkungan 19 hingga 52 tahun.

Seramai 109 individu ditahan dalam dua serbuan di daerah Timur Laut dan Seberang Perai Selatan pada 29 Ogos lalu kerana terlibat dalam perjudian dalam talian.
Seramai 109 individu ditahan dalam dua serbuan di daerah Timur Laut dan Seberang Perai Selatan pada 29 Ogos lalu kerana terlibat dalam perjudian dalam talian.

Menurutnya, serbuan dijalankan di sebuah premis di Lorong Bakau di kawasan perusahaan perabot, Sungai Baong, Sungai Bakap di sini pada jam 3.15 petang, 29 Ogos lalu.

"Serbuan ini berjaya merampas 97 set komputer dan 291 telefon bimbit. Sindiket ini diketuai oleh seorang lelaki warga China yang dipercayai aktif sejak sebulan lalu.

"Premis ini beroperasi dari jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari. Setiap pekerja dibayar RM3,000 sebulan dan dibayar secara tunai.

"Mereka mensasarkan pelanggan dari China dan modus operandi adalah menjalankan promosi judi dalam talian yang berpusat di negara ini dan pelaburan saham tanpa lesen dari China," katanya.

Jelasnya, kesemua suspek direman empat hari sehingga 2 September ini.

Sahabudin berkata, kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.