X

Kindly register in order to view this article
!

Anak menangis elak bertemu bapa

Video TikTok Gava_xy menarik perhatian ramai hingga ditonton lebih 2.2 juta tontonan
A
A

JAKARTA - Hasrat anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) memeluk dan mencium anak perempuan tidak kesampaian apabila si kecil itu menangis kerana tidak mengenalinya.

Lebih menyentuh hati, lelaki itu hanya mampu memerhatikan anak perempuannya memeluk ibunya sambil dari luar pagar, lapor Tribun News.

Momen hiba itu dikongsi isteri anggota tentera berkenaan di aplikasi TikTok Gava_xy.

Menurut isteri anggota tentera berkenaan, mereka tidak bertemu kira-kira 13 bulan kerana tugas suaminya.

Melalui rakaman video tersebut, wanita itu juga cuba memperkenalkan kanak-kanak itu dengan bapanya tetapi kanak-kanak itu hanya menangis dan enggan memandang wajah lelaki itu.

Melihat puteri kesayangannya menangis, lelaki berkenaan memilih tidak mendekatinya kerana bimbang tangisan semakin kuat.

Video meruntun jiwa itu menarik perhatian hingga telah meraih lebih 2.2 juta tontonan dari netizen.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!