Laporan polis dibuat terhadap pemilik akaun fitnah MB

Amni menunjukkan laporan polis yang dibuat Wanita Keadilan Negeri Sembilan di Balai Polis Labu, Seremban hari ini.
Amni menunjukkan laporan polis yang dibuat Wanita Keadilan Negeri Sembilan di Balai Polis Labu, Seremban hari ini.
A
A
A

SEREMBAN - Wanita Keadilan Negeri Sembilan hari ini membuat laporan polis terhadap seorang pemilik akaun Facebook berikutan hantaran fitnahnya terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Menerusi kenyataan dibuat pemilik akaun berkenaan, Aminuddin dikatakan sengaja memperbodohkan rakyat negeri ini dengan mengadakan sambutan merdeka secara tertutup baru-baru ini.

Katanya, Aminuddin sebenarnya telah menghabiskan duit peruntukan untuk sambutan itu.

Ketua Wanita Keadilan Negeri Sembilan, Amni Idris berkata, fitnah berkenaan sengaja dilakukan dengan niat memburukkan reputasi Aminuddin selaku pimpinan kerajaan negeri.

"Sambutan merdeka diadakan secara tertutup di Negeri Sembilan sebagai langkah-langkah pencegahan penularan Covid-19 selain negara masih berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

"Susulan itu, kami buat laporan polis bagi mendesak siasatan dan tindakan tegas diambil terhadap individu terbabit selaras dengan undang-undang negara," katanya yang membuat laporan polis berkenaan di Balai Polis Labu, di sini.

Artikel Berkaitan: