X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Daerah Klang kembali ke zon kuning

Info grafik mengenai kes jangkitan Covid-19 di Selangor sehingga jam 12 tengah hari semalam.
A
A

SHAH ALAM - Setelah hampir dua bulan ditakrif sebagai zon hijau, daerah Klang kembali menjadi zon kuning kes aktif wabak koronavirus (Covid-19) apabila satu kes direkod di mukim Klang.

Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) menerusi infografik dikongsikan di Facebooknya memaklumkan, empat kes baharu dilaporkan di negeri ini semalam.

Menurutnya, kesemua kes baharu dilaporkan diklasifikasikan sebagai kes import.

“Dua daripada kes baharu melibatkan individu bukan warganegara yang berasal dari Singapura.

“Tiada perubahan warna zon (di Selangor). Bilangan kes aktif di bawah angka lima selama 28 hari berturut-turut,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu STFC turut mengingatkan orang ramai terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Katanya, terdapat negara yang telah melandaikan gelombang pertama Covid-19 kini mengalami gelombang kedua yang lebih teruk.

“Ambil sebagai pengajaran, patuhi SOP dan normal baharu. Guna aplikasi SELangkah untuk mendaftar pengunjung di premis,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu sehingga semalam jumlah keseluruhan kes di Selangor meningkat kepada 2,171.

Seramai 2,115 pesakit dilapor telah sembuh manakala 32 pesakit masih mendapatkan rawatan.

Sebanyak 24 kes kematian dilaporkan di Selangor akibat dijangkiti Covid-19 sehingga semalam.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!