Enam maut letupan bom kereta di timur Afghanistan

Mangsa yang cedera dihantar ke sebuah hospital di wilayah itu, kira-kira 100 kilometer di selatan Kabul.
Mangsa yang cedera dihantar ke sebuah hospital di wilayah itu, kira-kira 100 kilometer di selatan Kabul.
A
A
A

GARDEZ - Sekurang-kurangnya tiga polis Afghanistan dan tiga penyerang maut dalam kejadian letupan bom kereta di luar kem polis di Gardez, Paktia di timur Afghanistan hari ini, kata gabenor wilayah itu.

"Hari ini kira-kira jam 5.30 pagi, seorang pengebom bunuh diri meletupkan sebuah kereta di luar kem polis di Gardez. Dua lelaki bersenjata cuba memasuki kemudahan itu sejurus selepas letupan tetapi ditembak mati oleh polis di pintu pagar bangunan," kata Haleem Fedai kepada Xinhua.

Lima anggota polis cedera ringan dalam kejadian yang turut merosakkan pintu depan bangunan yang menempatkan kem polis berkenaan, kata pegawai itu.

Mangsa yang cedera dihantar ke sebuah hospital di wilayah itu, kira-kira 100 kilometer di selatan Kabul.

Beliau menuduh kumpulan militan Taliban bertanggungjawab melakukan serangan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: