Hati Van de Beek bersama Manchester United

Donny van de Beek
Donny van de Beek
A
A
A

PERPINDAHAN tonggak Ajax Amsterdam, Donny van de Beek ke gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United diibaratkan sebagai mimpi menjadi kenyataan.

Menurut ayah Van de Beek, Andre, ini merupakan masa paling tepat untuk pemain berusia 23 tahun itu melebarkan kariernya pada tahap lebih tinggi setelah sekian lama berkhidmat bersama gergasi Belanda berkenaan.

"Secara jujur ini merupakan momen terindah buat Van de Beek apatah lagi setelah banyak kelab berminat mendapatkan khidmatnya, namun Van de Beek memilih sendiri untuk menyarung jersi Manchester United antara kelab terbaik dunia dan beraksi di Old Trafford.

"Ibarat mimpi indah menjadi kenyataan apabila dapat berpindah dari Ajax Amsterdam ke Manchester United. Perpindahan ini juga cukup membuatkan penyokong dan penduduk setempat di sini berbangga dengan Van de Beek.

"Ini juga masa terbaik untuk Van de Beek mencipta lebih impak di saingan lebih kompetitif terutamanya di liga Inggeris, namun hatinya akan selamanya bersama Ajax," katanya ketika menemani pemain itu mengunjungi Manchester.

Sementara itu, tonggak Liverpool, Virgil van Dijk menyambut baik kehadiran pemain muda berkenaan bersaing dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) yang disifatkannya sebagai petanda positif untuk skuad kebangsaan Belanda pada masa depan.

"Sekiranya perpindahan ini berlaku yang nampaknya seolah-olah berjaya direalisasikan. Saya terima dengan hati terbuka kehadiran Van de Beek di England.

"Sesuatu yang bagus untuk pergembangan karier bola sepaknya pada masa depan dan juga untuk skuad Belanda. Petanda positif untuk The Oranje apabila terdapat pemainnya beraksi dengan kelab berprestij dunia.

Artikel Berkaitan:

"Sama juga yang berlaku dengan Nathan Ake yang bersama Manchester City," katanya.