X

Kindly register in order to view this article
!

Jalan susur masuk Bangi ke Kajang ditutup

A
A

KUALA LUMPUR - Jalan susur masuk Bangi ke Kajang di Persimpangan Bertingkat Kajang di Lebuhraya Utara Selatan akan ditutup kepada lalu lintas mulai jam 10 malam hingga 5 pagi bermula hari ini hingga 8 September ini bagi kerja-kerja memotong pokok besar di sepanjang laluan itu.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan memaklumkan pengguna dari arah selatan/Bangi yang menuju ke Kajang dinasihat menggunakan laluan alternatif dengan keluar dari lebuh raya menggunakan Plaza Tol Bangi atau Plaza Tol UPM.

"PLUS menasihatkan pelanggan lebuh raya yang menggunakan laluan itu supaya merancang perjalanan, menggunakan laluan alternatif serta mematuhi semua papan tanda dan arahan disediakan," menurut kenyataan itu. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!