X

Kindly register in order to view this article
!

Wanita maut, tiga cedera langgar pokok tumbang

A
A

KUANTAN - Seorang wanita maut manakala suaminya dan dua lagi remaja lelaki cedera dalam kemalangan melibatkan dua motosikal yang ditunggangi mereka melanggar pokok tumbang di Jalan Belimbing, Maran dekat sini tengah malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, mangsa yang maut ialah Nor Farisnazira Mohd Zulnorisham, 21, yang membonceng motosikal Yamaha Avantiz ditunggangi suaminya, Mohamad Helmi Ashraf Mohd Lela, 23, yang cedera di kaki kanan.

Dua lagi mangsa ialah Muhammad Abdul Fatah Kaha, 18, yang menunggang motosikal Honda Ex-5 bersama rakannya, Muhammad Nazrul Hakim Aminuddin, 17, dengan kedua-duanya cedera di muka dan badan.

"Kedua-dua motosikal itu dipercayai dari arah Maran menghala ke Kuantan.

"Akibat pelanggaran itu, motosikal ditunggang suami isteri terbabit telah melanggar pengadang besi jalan," katanya semasa dihubungi di sini hari ini.

Kamarulzaman berkata, bedah siasat ke atas mangsa mengesahkan punca kematiannya adalah disebabkan kecederaan parah di kepala manakala tiga mangsa yang lain dikejarkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!