CSR perkenal produk terbaru Golden Syrup

Victor (kiri), Bakry (tengah) dan Ahmad Farid pada majlis pelancaran Golden Syrup di ibu negara baru-baru ini.
Victor (kiri), Bakry (tengah) dan Ahmad Farid pada majlis pelancaran Golden Syrup di ibu negara baru-baru ini.
A
A
A

HASIL kajian dan penyelidikan selama setahun, pengeluar gula tempatan, Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) memperkenalkan inovasi produk terbaru, gula sirap emas atau Golden Syrup.

Sirap pekat yang dihasilkan daripada gula hangus itu lebih praktikal dan mudah digunakan kerana dimuatkan dalam botol dan hanya perlu dipicit mengikut kuantiti yang dikehendaki.

Pengarah Komersial CSR, Ahmad Farid Kamarudin berkata, CSR memastikan hanya gula terbaik dan berkualiti tinggi dikeluarkan kepada pengguna.

"Golden Syrup boleh digunakan dalam banyak resipi dan ia tidak akan menjejaskan rasa juadah dihasilkan," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Golden Syrup di ibu negara baru-baru ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi CSR, Victor Ng dan Pengerusi Eksekutif CSR, Datuk Bakry Hamzah.

Beliau berkata, pihaknya banyak mempromosikan Golden Syrup di platform media sosial untuk memperkenalkan produk itu kepada pengguna.

Golden Syrup kini boleh didapati di pasaran pada harga RM4.50 sebotol.
Golden Syrup kini boleh didapati di pasaran pada harga RM4.50 sebotol.

Katanya, pada masa hadapan, CSR akan bekerjasama dengan rakan strategik untuk terus menghasilkan inovasi bagi memberikan pengguna lebih pilihan gula.

Artikel Berkaitan:

Gula dalam bentuk cecair yang kelihatan seperti madu dengan kepekatan warna keemasannya itu boleh didapati dalam dua saiz iaitu 350 gram (pek botol) bagi kegunaan di rumah yang dijual pada harga RM4.50.

Bagi kegunaan industri pula, CSR menawarkan pek Golden Syrup 25 kilogram pada harga RM145.

Golden Syrup boleh digunakan dalam pelbagai menu termasuk sebagai ramuan pencuci mulut dan perapan serta sesuai bagi penghasilan kek, pastri dan sebagai toping makanan.

Produk itu sudah berada di pasaran dan boleh didapati di lebih 1,000 kedai di seluruh negara.