Ringgit diniagakan tinggi berbanding dolar AS pagi ini

Ringgit disebut harga pada 4.1560/1610 berbanding dolar AS daripada 4.1630/1680 Jumaat lepas.
Ringgit disebut harga pada 4.1560/1610 berbanding dolar AS daripada 4.1630/1680 Jumaat lepas.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ringgit melantun kembali untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini, dipacu oleh minat belian diperbaharui untuk unit tempatan, kata seorang peniaga.

Pada jam 9.15 pagi, mata wang tempatan disebut harga pada 4.1560/1610 berbanding dolar AS daripada 4.1630/1680 Jumaat lepas.

Pasaran ditutup pada hari Isnin sempena sambutan Hari Kemerdekaan.

Peniaga itu berkata, kelemahan dolar AS dikaitkan dengan ulasan yang dibuat oleh pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell minggu lepas mengenai pendekatan baharu untuk menetapkan dasar monetari AS, membiarkan inflasi dan pekerjaan meningkat tinggi dalam peralihan yang memungkinkan kadar faedah terus rendah untuk beberapa tahun mendatang.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama yang lain.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0559/0607 daripada 3.0581/0629 Jumaat lepas dan lebih tinggi berbanding yen pada 3.9282/9340 daripada 3.9393/9444 sebelumnya.

Ringgit jatuh berbanding pound Britain kepada 5.5566/5637 daripada 5.5251/5322 Jumaat lepas dan lebih kukuh berbanding euro kepada 4.9660/9736 daripada 4.9486/9562. - Bernama

Artikel Berkaitan: