Arab Saudi pecat komander kanan, timbalan emir Al-Jouf

Putera Abdulaziz Fahad (kiri) dan Putera Fahad Turki. - Foto AFP
Putera Abdulaziz Fahad (kiri) dan Putera Fahad Turki. - Foto AFP
A
A
A

RIYADH - Seorang komander kanan dan anak lelakinya dipecat semalam berhubung dakwaan rasuah, kata media kerajaan yang merupakan satu langkah pembersihan terbaharu pemerintah.

Komander perikatan tentera itu, Putera Fahad Turki yang merupakan seorang anggota keluarga diraja dan Putera Abdulaziz Fahad iaitu timbalan emir wilayah utara Al-Jouf dipecat dan kini disiasat berhubung dakwaan rasuah, menurut laporan.

Beberapa lagi pegawai dan pekerja awam Kementerian Pertahanan turut disiasat kerana terlibat dalam gejala rasuah, menurut laporan tersebut yang memetik dekri daripada pemerintah Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud.

Putera Fahad berkhidmat sebagai komander Arab Saudi sekali gus mengetuai tentera perikatan bagi menentang pemberontak Huthi yang mempunyai hubungan dengan Iran di negara jiran, Yemen.

Tempatnya digantikan dengan Mutlaq Salim iaitu timbalan ketua turus angkatan tentera setelah mendapat cadangan daripada pemerintah de facto, Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman, lapor media kerajaan.

Langkah kerajaan untuk memecat komander tersebut merupakan satu petunjuk bagi menentang gejala rasuah dalam ketenteraan, kata penulis dan analisis, Ali Shihabi. - AFP

Artikel Berkaitan: