Penyeludup naik perahu elak dicekup

Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7
Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7
A
A
A

TUMPAT - Sekumpulan penyeludup melarikan diri ke negara jiran dengan menaiki perahu menyeberangi Sungai Golok ketika diserbu Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 di pangkalan haram Kertas, Jalan Kasban di sini hari ini.

Serbuan jam 9.45 malam itu turut menemukan 491 kotak minyak masak yang tidak sempat diseludup keluar oleh mereka.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 8 Pengkalan Chepa, Superintanden Muhammad Shamsuddin berkata, bertindak atas maklumat awam, pasukan rodaan melakukan intipan dan ternampak sebuah lori serta enam lelaki memunggah kotak-kotak ke sebuah perahu.

“Anggota memperkenalkan diri namun menyedari kehadiran pasukan serbuan, mereka melarikan diri dengan menaiki perahu menuju ke Thailand.

“Pemeriksaan lanjut menjumpai 491 kotak minyak masak seberat 8,347 kilogram bernilai RM 20,867.50 yang dipercayai untuk diseludup ke negara jiran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, setelah menunggu selama 10 minit, tidak ada sesiapa yang datang menuntut menyebabkan barangan dirampas untuk tujuan siasatan lanjut.

“Rampasan keseluruhan dianggarkan bernilai RM 70,867.50 diserahkan kepada Kementerian Perdangangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan.

Artikel Berkaitan:

“Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

Tambah beliau, PGA menzahirkan penghargaan kepada agensi-agensi penguatkuasa yang terlibat dalam membantu Operasi Benteng Covid-19.

“Terus menyalurkan maklumat kepada PGA dalam memastikan keselamatan daripada ancaman koronavirus (Covid-19) dan membendung jenayah rentas sempadan.

“PGA akan terus mempertingkatkan kawalan dengam memantau sempadan di sepanjang Sungai Golok bermula dari Rantau Panjang sehingga ke Pengkalan Kubur bagi mengekang pencerobohan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan jenayah rentas sempadan,” katanya.