Harap tuah stadium ragbi baharu

Mohd Noorazam
Mohd Noorazam
A
A
A

SKUAD ragbi Johor mengharapkan tuah Stadium Ragbi Mount Austin sebagai pencetus semangat kepada persiapan rapi skuad lelaki dan wanitanya mencipta impak lebih positif pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) Johor 2020 tahun depan.

Menurut Presiden Kesatuan Ragbi Negeri Johor (JRU), Datuk Mohd Noorazam Osman, kem ragbi Sukma Johor sudah pun mula menjalani latihan sejak 19 Julai lalu bagi kedua-dua kategori berkenaan di padang Stadium Ragbi Mount Austin.

“Setakat hari ini latihan sudah mula dijalankan yang lebih menjurus kepada latihan berbentuk kecergasan khusus kepada kecergasan fizikal dan stamina pemain.

“Dengan sesi latihan menitikberatkan garis panduan prosedur operasi standard (SOP) dalam memutuskan rantaian pandemik Covid-19, ia agak sedikit memberi fokus kepada latihan kecergasan individu pemain.

“Skuad lelaki yang kebanyakannya dibarisi pemain berusia 19 tahun sehingga 21 tahun di bawah kendalian jurulatih Josevata Marawa Bola manakala Shahriezaniel Salim memimpin skuad wanita dibarisi pemain berusia 17 tahun hingga 20 tahun.

“Bagi saingan kali ini, saya menjangka saingan bagi skuad lelaki pasti datangnya dari Kelantan,Terengganu dan Sarawak.

“Sementara Wilayah Persekutuan, Sabah dan Selangor antara pencabar kuat bagi skuad wanita Johor,” katanya.

Mohd Noorazam yang juga Timbalan Ketua Kontinjen Sukma Johor berkata demikian selepas pelancaran Golf Persahabatan JRU anjuran badan induk ragbi Johor itu baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

Kejohanan di Palm Resort Golf & Country Club, Senai itu berjaya menarik penyertaan 28 peserta.