X

Kindly register in order to view this article
!

KAFA terus terima sumbangan pihak prihatin

Abdul Manaf (tengah) ketika menyerahkan replika cek sumbangan berkenaan kepada Afandi (kiri).
A
A

PERSATUAN Bolasepak Kelantan (KAFA) terus menerima sumbangan daripada pihak yang prihatin dalam membantu meringankan beban kewangan dihadapi badan induk bola sepak Kelantan itu dalam mengharungi baki saingan Liga Malaysia.

Menurut Naib Presiden KAFA, Ahmad Muzakkir Hamid; Pengarah Urusan Grand Teknik Bina Sdn Bhd, Datuk Ir Abdul Manaf Hanafi dan Ahli Parlimen Bachok, Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz antara yang tampil menyalurkan sumbangan kepada KAFA dalam dua program berasingan kelmarin.

"Datuk Ir Abdul Manaf menyerahkan sumbangan sebanyak RM25,000 kepada Timbalan Presiden KAFA, Datuk Seri Afandi Hamzah pada satu majlis makan malam di sebuah hotel di Kota Bahru.

"Sementara pada satu majlis lain Ahli Parlimen Bachok, Nik Muhammad Abduh juga menyerahkan sumbangan peribadi sebanyak RM10,000 yang diserahkan kepada Presiden KAFA, Datuk Shaari Mat Hussin.

"KAFA amat berterima kasih atas sumbangan diberikan kedua-dua individu berkenaan dalam membantu meringankan beban dan memberi sokongan kepada bola sepak Kelantan amnya," kata Ahmad Muzakkir yang juga pengerusi jawatankuasa penajaan KAFA dalam satu kenyataan hari ini.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!