China dan kemerosotan kuasa AS

Presiden AS, Donald Trump ketika bertemu dengan Presiden China, Xi Jinping di Osaka, Jepun pada 29 Jun tahun lalu.
Presiden AS, Donald Trump ketika bertemu dengan Presiden China, Xi Jinping di Osaka, Jepun pada 29 Jun tahun lalu.
A
A
A

SERANGAN tidak henti-henti oleh sebahagian elit politik Amerika Syarikat (AS) terhadap China, menurut beberapa pemerhati, akan terhapus sejurus berakhirnya pilihan raya Presiden AS pada November 2020.

Ia dipercayai akan berlaku sekurang-kurangnya kerana dua sebab.

Satu, isu yang menjadikan China sebagai sasaran adalah disebabkan asas semula jadi dalam isu yang melangkaui pilihan raya dan personaliti itu.

Kedua, punca sebahagian isu tersebut timbul adalah tentang persoalan mengenai kuasa – kawalan dan penguasaan – yang mana resolusinya akan merentangi selama berdekad-dekad jika tidak berabad-abad lamanya.

Dalam pemeriksaan terhadap perbalahan antara AS dan China, saya akan bermula dengan ruang lingkup konflik tersebut.

Ia kemudian akan diikuti dengan gambaran manifestasi kuasa AS yang tidak segerun seperti yang diperkatakan oleh mereka sendiri.

Kesimpulan akan dibuat berdasarkan dua kategori ini berhubung kemunculan corak kuasa global.

Terangkum dalam sub bidang sains dan teknologi, China kelihatan telah bergerak ke hadapan berbanding AS.

Artikel Berkaitan:

Pengawasan maritim dan geografi mungkin merupakan dua sub bidang.

Kemajuan China dalam bidang elektronik dan telekomunikasi juga mengagumkan. Ini adalah kerana China berada di barisan depan teknologi canggih sekali gus mencetuskan banyak keresahan di AS dan di barat pada hari ini berhubung kekuasaan China.

Sesiapa yang menguasai dunia bagi tempoh yang lama mengetahui bahawa penguasaan sains dan teknologi membolehkan sebuah negara atau ketamadunan memperoleh kuasa serta kekuatan.

Penguasaannya dalam bidang sains dan teknologi adalah salah satu daripada sebab kenapa dalam tempoh beberapa dekad, China telah menjadi kilang dunia yang mengeluarkan keseluruhan deretan barangan berkualiti dan mampu milik untuk penduduk di mana-mana tempat.

Kejayaan China menembusi pasaran telah menjadikan negara itu sangat diperlukan kepada ekonomi global.

Malah, dalam industri hiburan, satu platform perkongsian video seperti TikTok telah menjadi satu sensasi dalam kalangan golongan muda sehingga mendorong pihak berkuasa AS untuk menahannya.

Produktiviti

Lebih utama daripada pengeluaran barangan dan perkhidmatannya, transformasi infrastruktur global besar-besaran China melalui Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) dipersiapkan bagi mempunyai kesan jangka panjang ke atas manusia.

Satu usaha keras yang merentangi 138 buah negara, BRI menghubungkan Asia dengan Afrika dan Eropah melalui tanah dan laluan maritim.

Ia bukan hanya merancang bagi membina lebuh raya dan pelabuhan tetapi juga untuk memulakan projek komuniti tani selain mempercepatkan usaha sama tani yang akan meningkatkan pendapatan serta produktiviti kebanyakan negara miskin.

Berbanding BRI, terdapat lingkungan lain yang mana kuasa AS kelihatan berlimpahan.

Tetapi, jika kita selidiki setiap lingkungan itu secara berhati-hati, kita dapat temui bahawa kuasa AS hanya terdiri daripada satu lapisan sahaja.

Ia dikatakan memiliki ketenteraan yang hebat.

Walaupun AS mempunyai gudang senjata yang sangat besar dan kira-kira 800 pangkalan tentera mengelilingi bumi, kita lupa bahawa ia tidak pernah memenangi satu perang utama sejak berakhirnya Perang Dunia Kedua.

Vietnam, Iraq, Somalia, Libya, Syria dan Afghanistan memberi kesaksian tentang perkara itu.

Secara faktanya, penglibatannya dalam perang dalam tempoh 50 atau 60 tahun yang terakhir telah menjadi bencana yang tidak tertanggung.

Satu lagi tonggak kuasa AS ialah dolar AS – mata wang rizab dunia. Dolar tidak lagi berkuasa seperti ia pernah kecapi sebelum ini.

Pada tahun 2015, sebagai contoh, kira-kira 90 peratus transaksi bilateral antara China dan Rusia adalah menggunakan mata wang dolar.

Menjelang tahun 2019, angka itu telah jatuh kepada 51 peratus.

AS mengenakan sekatan ke atas Rusia sejak tahun 2014 berikutan pengambilan wilayah Crimea oleh Rusia yang menyumbang kepada perkara ini.

Ia juga mengenakan tarif ke atas berjuta-juta dolar nilai barangan China yang memaksa negara itu untuk tidak menggunakan mata wang dolar.

Moscow dan Beijing memperkukuhkan hubungan kewangan pada bulan Jun 2019 melalui satu perjanjian bagi menggantikan dolar dengan mata wang kebangsaan sebagai penyelesaian antara mereka.

Rusia juga telah mengumpulkan rizab yuan dengan cara melepaskan dolar.

AS juga mengekalkan dominan globalnya melalui satu rangkaian propaganda yang meluas yang menunjukkan AS sebagai negara terhebat di dunia.

Ia adalah satu gambaran bahawa AS telah kehilangan kilauan dalam beberapa dekad kebelakangan ini.

Hancur

Pencerobohan yang diketuai AS dan pendudukan di Iraq pada tahun 2003 yang mana ia adalah tidak adil dan tidak bermoral menjejaskan imej negara tersebut pada pandangan mata dunia.

Pastinya, ia datang untuk dilihat sebagai sebuah negara tamak yang tidak berasa bersalah menyembelih ratusan ribu orang yang tidak bersalah dalam memburu agenda hegemoni.

Lebih banyak peranannya dalam peperangan dan semua penderitaan yang disebabkan oleh mereka, elit AS gagal untuk mentadbir secara efektif sekali gus telah menghancurkan dan merosakkan imejnya.

Pandemik koronavirus (Covid-19) dan penderitaan ekonomi yang dijana olehnya mendedahkan bahawa berbanding dengan sebahagian negara di Asia, elit AS tidak berkemampuan melindungi kesejahteraan rakyatnya sendiri.

Dengan 180,689 kematian dan 5.85 juta jangkitan sehingga 31 Ogos 2020, elit AS itu berdiri untuk mengutuk atau mengkhianati dan mengorbankan rakyatnya.

Jika tadbir urus merupakan satu papan tanda sebuah negara maju, AS tidak lagi boleh mendakwa status tersebut.

Pandemik Covid-19 dengan sebab akibat yang dahsyat juga telah mendedahkan betapa cacatnya tanggapan tentang kebebasan dan hak-hak individu di dalam negara AS.

Apabila kebebasan individu menurunkan kebaikan bersama masyarakat kepada kecemerlangan, ia membiakkan satu obsesi diri dengan kebebasan yang dalam analisis terakhirnya adalah menjejaskan kebebasan itu sendiri.

Jika kebebasan dan meraikan individu merupakan ciri kecemerlangan masyarakat seperti AS, pandemik itu telah menunjukkan kepada kita semua betapa buruknya salah tanggapan dan penyalahgunaan boleh berlaku.

Ringkasnya, ia bukan hanya disebabkan oleh kebangkitan China yang menyebabkan kemerosotan AS.

Perspektifnya yang tersendiri mengenai kuasa, pengertian ganjil mengenai kebebasan individu dan paling dominan ialah nafsu hegemoni globalnya telah menyumbang kepada kejatuhan AS.

Itulah sebab kenapa sebagai rakyat AS yang akan berhadapan dengan satu lagi pilihan raya presiden, mereka sepatutnya mengurangkan keaiban dan kelemahan sendiri.

Kerendahan hati dan kejujuran inilah yang diperlukan pada saat-saat ini.

*Dr Chandra Muzaffar ialah Presiden International Movement for a Just World (JUST)