Promosi Jerai sebagai destinasi pelancongan

Peserta Kejohanan Estate Run Asia 2019 merakam kenangan bersama.
A
A

YAN - Kejohanan Estate Run Asia 2019 memberi ruang untuk mempromosikan Jerai sebagai kawasan pelancongan kepada peserta.

Unit pelancongan Majlis Daerah Yan, Abdul Razak Majid berkata, seramai 640 peserta mengambil bahagian.

Katanya, selain daripada rakyat Malaysia, terdapat juga 40 peserta daripada Taiwan dan lima peserta dari Kenya.

"Peserta perlu berlari sejauh 8km dengan melalui kawasan perkampungan, sawah padi, ladang getah, kelapa sawit, lurah sungai dan juga bukit," katanya.

Menurut Abdul Razak, johan larian berkenaan dimenangi oleh Elvis Kyalo Kisavi dari Kenya, tempat kedua dimiliki Elly Kiptatbei Yego (Kenya) dan tempat ketiga Soh Yong Jin dari Malaysia.

Tambah Abdul Razak, melalui kejohanan ini, peserta dapat menilai sendiri keindahan suasana yang terdapat di daerah Yan.

"Kesejukan dan kedinginan kawasan Jerai yang masih lagi menghijau mampu menarik perhatian mereka untuk terus berkunjung ke daerah ini," katanya.

Katanya, terdapat juga rakyat Malaysia daripada daerah lain teruja akan keindahan daerah Yan ini.

Hadir sama Yang Dipertua Daerah Yan, Mohd Yusri Daud bagi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah.