Covid-19: Singapura sahkan 41 kes baharu, tujuh kes import

Singapura mengesahkan 41 kes baharu jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dicatatkan di republik itu sebanyak 56,812. -Foto AFP
Singapura mengesahkan 41 kes baharu jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dicatatkan di republik itu sebanyak 56,812. -Foto AFP
A
A
A

SINGAPURA - Singapura mengesahkan 41 kes baharu jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dicatatkan di republik itu sebanyak 56,812.

“Berdasarkan siasatan setakat ini, terdapat tiga kes dalam komuniti, kesemuanya adalah pemegang pas kerja,” menurut Kementerian Kesihatan Singapura dalam data ringkas yang dikeluarkan di sini hari ini.

Kementerian itu memaklumkan terdapat tujuh kes import yang semuanya diberikan Notis Duduk di Rumah sebaik tiba di Singapura.

Menerusi data lengkap yang dikeluarkan lewat semalam, republik itu mengklasifikasikan 896 daripada kes dilaporkan adalah kes import, 2,237 sebagai kes komuniti dan 53,638 melibatkan penghuni asrama.

Sebanyak 55,586 pesakit telah sembuh sepenuhnya daripada jangkitan itu dan dibenarkan keluar dari hospital atau kemudahan rawatan komuniti.

Sementara itu, 74 kes disahkan masih berada di hospital, namun tiada yang dirawat di unit rawatan rapi.

Sejumlah 1,084 pesakit yang mempunyai gejala ringan, atau didapati sihat secara klinikal tetapi diuji positif Covid-19, telah diasingkan dan dirawat di kemudahan komuniti.

Sehingga kini, 27 orang telah meninggal dunia kerana komplikasi akibat Covid-19 di republik itu.

Artikel Berkaitan:

Kluster baharu dikenal pasti semalam iaitu di kedai kamera SLR Revolution, pusat beli-belah Excelsior, 5 Coleman Street.- Bernama