Polis nasihat patuhi SOP ketika melancong

Kesesakan berlaku di jalan menuju ke Genting Highlands petang kelmarin.
Kesesakan berlaku di jalan menuju ke Genting Highlands petang kelmarin.
A
A
A

KUANTAN - Polis Pahang menasihatkan orang ramai yang bercuti ke Genting Highlands sempena cuti umum Hari Kemerdekaan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berikutan lokasi peranginan tanah tinggi itu dikunjungi ramai sejak Sabtu lalu sehingga menyebabkan kesesakan.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, bagaimanapun kesesakan itu perkara biasa ketika cuti umum terutama di laluan Bentong menuju ke Genting Highlands.

"Tiada kemalangan berlaku sepanjang tempoh itu tetapi kita menasihatkan orang ramai berwaspada dan kekal mematuhi SOP kerana negara masih berjuang melawan pandemik koronavirus (Covid-19)," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Kesesakan luar biasa di jalan menuju ke Genting Highlands, petang kelmarin tular di media sosial.
Kesesakan luar biasa di jalan menuju ke Genting Highlands, petang kelmarin tular di media sosial.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gambar tular di media sosial memaparkan kesesakan lalu lintas luar biasa di jalan menuju ke lokasi percutian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Bentong, Superintenden Yusuf Unis berkata, setiap tahun menjelang sambutan ambang merdeka, Genting Highlands akan dikunjungi orang ramai.

"Sejak pembukaan Genting Highlands Premium Outlet (GHPO), jalan ke Genting akan sesak menjelang cuti hujung minggu. Oleh itu, masyarakat disyorkan datang pada hari biasa iaitu Isnin hingga Khamis," katanya.

Beliau berkata, sejumlah 21 anggota dari Balai Polis Genting bertugas sepanjang PKPP dan pemantauan berkala akan dilakukan oleh anggota tambahan serta polis bantuan.

Artikel Berkaitan: