62 individu kena cekup malam merdeka

Antara yang ditahan dalam operasi bersepadu pencegahan jenayah di sekitar daerah Petaling Jaya, Selangor malam tadi.
Antara yang ditahan dalam operasi bersepadu pencegahan jenayah di sekitar daerah Petaling Jaya, Selangor malam tadi.
A
A
A

PETALING JAYA - Seramai 62 individu dicekup polis atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah di sekitar daerah ini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, operasi sepasukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Selangor itu dijalankan bermula jam 9 malam.

"Mengikut pecahan jumlah tangkapan, enam lelaki tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes jenayah samun berkumpulan, ugutan jenayah dan pecah rumah selain tiga warga asing termasuk seorang wanita ditahan dalam Op Noda.

"Operasi yang tamat pada jam 4 pagi itu turut menahan 49 warga tempatan termasuk seorang wanita atas kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, menerusi operasi sekatan jalan raya di tiga lokasi berasingan, empat lelaki berusia lingkungan 33 hingga 49 tahun telah ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

Katanya, sebanyak 54 saman telah dikeluarkan hasil pemeriksaan ke atas 708 orang dan 494 kenderaan.

Tambahnya, pihaknya juga telah bertindak mengeluarkan kompaun terhadap 69 individu kerana melanggar syarat Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Artikel Berkaitan: