Kelab Anak Raub sokong kerajaan negeri

Fadzli Mohamad Kamal
Fadzli Mohamad Kamal
A
A
A

RAUB - Kelab Anak Raub menyokong sepenuhnya tindakan kerajaan negeri ke atas semua pekebun durian haram musang king di daerah itu.

Presidennya, Fadzli Mohamad Kamal berkata, kelab itu yang memiliki lebih 1,000 ahli berdiri teguh dengan kepimpinan kerajaan negeri yang diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

"Masalah ini telah berlarutan dan tindakan itu tepat kerana bukan sahaja merugikan kerajaan negeri malah penduduk di Raub.

"Kami amat berharap tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang ingkar dengan arahan dan penguatkuasaan ini,"katanya kepada Sinar Harian.

ARTIKEL BERKAITAN: Pahang lakukan pemutihan tanah haram seluruh negeri

Menurutnya, tindakan beberapa pemimpin yang cuba menangguk di air keruh diselar kerana mempolitikkan isu tersebut.

"Isu ini perlu dilihat dengan rasional dan jangan cuba bermain api malah satu himpunan aman anjuran Gabungan Pertubuhan Melayu Islam Raub membabitkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu Islam dari Pahang akan diadakan pada 3 September ini di perkarangan Rumah Rehat Raub.

"Himpunan yang diberikan nama SeTanah Melayu(Jangan Cabar Hak Kami) merupakan satu mesej yang jelas iaitu kami benci politik perkauman," tegasnya.

Artikel Berkaitan: