X

Kindly register in order to view this article
!

Prabakaran mencari publisiti murahan

Nor Hizwan Ahmad
A
A

SHAH ALAM - Tindakan Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran membuat laporan polis mengenai rundingan terus projek sisa pepejal Taman Beringin serta beberapa perkara dipersoalkannya di media sosial adalah sekadar untuk mencari publisiti murahan.

Setiausaha Politik Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nor Hizwan Ahmad menyifatkan persoalan dilontarkan Prabakaran di Facebook miliknya itu juga adalah sangat rendah nilainya.

"Prabakaran semalam membuat laporan polis berkenaan kes rundingan terus projek sisa pepejal Taman Beringin.

"Dalam kenyataan di Facebooknya, beberapa perkara dilontarkan yang pada pandangan saya, standard soalan-soalan Prabakaran itu sangat rendah nilainya.

"Sebenarnya (tindakan Prabakaran itu) sekadar untuk mencari publisiti murahan dan menunjukkan tahap pemikiran beliau sendiri," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahli Parlimen Batu lapor polis isu projek rundingan terus

Semalam, Prabakaran membuat laporan polis terhadap Menteri KPKT, Zuraida Kamaruddin berhubung isu projek sisa pepejal menerusi rundingan terus ketika pentadbiran Pakatan Harapan.

Nor Hizwan berkata, ini kerana pihak Pejabat Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah pun mengeluarkan kenyataan yang sangat jelas dan tuntas berkaitan perkara berkenaan.

Menurutnya, penjelasan tentang persoalan perolehan tender secara rundingan terus ini dan kronologinya yang melibatkan urusan dan keputusan pihak Kementerian Kewangan malah mantan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sendiri telah dimaklumkan.

"Prabakaran, sila baca dan fahami kenyataan rasmi Pejabat Menteri KPKT. Jika masih belum faham, ulang bacalah berkali-kali!

"Saya percaya percubaan Ahli Parlimen Batu ini akhirnya akan menjadi seperti menjolok sarang tebuan.

"Ia akan memakan diri sendiri dan Pakatan Harapan kerana sikap Prabakaran hanya untuk meraih populariti tanpa mengetahui fakta dan kebenaran," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!