X

Kindly register in order to view this article
!

Rakyat perlu bekerjasama 'merdeka' daripada Covid-19

Muhammad Sanusi Md Nor
A
A

ALOR SETAR - Rakyat perlu kekal berdisiplin mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam usaha 'memerdekakan' diri dan orang sekitar daripada penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, hampir enam bulan kehidupan rakyat di negeri ini terjejas oleh pandemik tersebut dan mereka perlu terus bekerjasama memerangi ancamannya daripada terus merebak.

Menurutnya, beliau berharap masyarakat tidak akan mengambil mudah tentang perkara itu kerana ia melibatkan soal keselamatan dan nyawa semua pihak.

"Tidak ada sesiapapun yang mahu perkara buruk berlaku ke atas diri mereka mahupun orang di sekeliling.

"Namun apa yang paling penting dalam menghadapi ‘musuh yang tidak kelihatan’ ini ialah bagaimana kita berdisiplin dalam mematuhi SOP bagi memastikan jangkitan tidak berlaku," katanya dalam perutusan Hari Kemerdekaan ke-63 Menteri Besar Kedah hari ini.

Jelasnya, perlu diakui bahawa masih ada segelintir yang gagal mematuhi SOP sehingga menyaksikan pandemik ini terus merebak semula dalam kalangan masyarakat.

Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan satu kluster baharu dilaporkan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar iaitu Kluster Telaga membabitkan kontak rapat dengan kes indeks yang dikesan positif pada 24 Ogos lalu.

Sementara itu, mengulas mengenai erti kemerdekaan pula, Sanusi berkata, apa yang lebih penting ialah penghayatan dalam mempertahankan kemerdekaan ini pada setiap hari sepanjang tahun.

"Marilah kita isi kemerdekaan yang dikecapi kini dengan amalan-amalan baik, mencambah ilmu, kemahiran dan menggembleng keupayaan bersama untuk mengisi segenap ruang hidup dengan kemerdekaan yang sebenar.

"Tiada guna kita melaungkan slogan dan ucapan kemerdekaan jika diri kita sendiri terus dibelenggu dengan pelbagai amalan buruk yang boleh menjatuhkan kualiti perkhidmatan kita yang akhirnya boleh merundumkan daya saing dan kedaulatan ekonomi negara kita," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!