Lelaki maut kereta rempuh pokok

Keadaan kereta Toyota Vios dipandu mangsa remuk selepas merempuh sebatang pokok dalam kemalangan berhampiran kawasan lampu isyarat Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di sini hari ini.
Keadaan kereta Toyota Vios dipandu mangsa remuk selepas merempuh sebatang pokok dalam kemalangan berhampiran kawasan lampu isyarat Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di sini hari ini.
A
A
A

GOMBAK - Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas dan merempuh sebatang pokok dalam kejadian berhampiran kawasan lampu isyarat Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa berusia 31 tahun tersebut disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian susulan kecederaan parah dialaminya.

"Siasatan awal mendapati mangsa yang memandu kereta jenis Toyota Vios itu dipercayai dari arah Selayang menghala ke Kepong.

"Mangsa dipercayai menekan brek sehingga hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu kiri jalan dan merempuh sebatang pokok," katanya.

Arifai berkata, mayat mangsa juga telah dikeluarkan dari kenderaan terbabit hasil bantuan anggota bomba.

"Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Selayang bagi menjalani proses bedah siasat lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: