Pekerja asing disaran sertai polisi MyWelfare

Raja Mohamad Iskandar
Raja Mohamad Iskandar
A
A
A

KUANTAN - Warga asing di seluruh negara disaran menyertai polisi perlindungan insurans di bawah Program Kebajikan Khidmat Imigran (PKKI) yang dilaksanakan Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (Peka), menjelang hujung tahun ini.

Pengarah Kebajikan Produktif Peka, Raja Mohamad Iskandar Raja Abdul Rahim berkata, justeru pihaknya menyasarkan kira-kira 700,000 pekerja asing menyertai polisi perlindungan insurans MyWelfare kerana pelbagai faedah diperolehi mereka.

Jelasnya, ia termasuklah faedah perubatan, faedah hilang upaya, kematian serta kos penghantaran balik jenazah ke negara asal termasuk pengebumian.

"Kami yakin sasaran itu mampu dicapai kerana terdapat peningkatan kesedaran dalam kalangan pekerja asing mendapatkan perlindungan kesihatan dan kemalangan.

"PEKA berharap semua pekerja asing agar tidak melepaskan peluang menyertai program ini sebagai alternatif mendapatkan faedah dari aspek kebajikan dan kemudahan lain," katanya dalam kenyataan semalam.

Raja Mohamad Iskandar berkata, pelaksanaan polisi perlindungan insurans MyWelfare itu merupakan kerjasama antara Peka dan beberapa syarikat pembekal insurans terpilih.

Artikel Berkaitan: