Seorang maut, tiga parah nahas tiga kenderaan

Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta selepas terlibat kemalangan di
di Jalan Saujana Impian pagi tadi. - Foto ihsan JBPM Selangor
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta selepas terlibat kemalangan di di Jalan Saujana Impian pagi tadi. - Foto ihsan JBPM Selangor
A
A
A

KAJANG - Seorang lelaki maut manakala tiga lagi cedera parah selepas terbabit kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Saujana Impian hari ini.

Mangsa berusia 50 tahun itu maut di tempat kejadian selepas kereta Perodua Kancil yang dipandunya dirempuh dari arah bertentangan oleh sebuah kenderaan lain dalam kejadian jam 7.35 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, siasatan awal mendapati kenderaan yang dipandu mangsa dirempuh oleh sebuah kereta Proton Persona yang datang dari arah Semenyih ke Kuala Lumpur.

"Pemandu kereta Proton Persona itu hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu merempuh kereta mangsa dan sebuah motosikal yang dinaiki dua individu. Rempuhan mengakibatkan pemandu kereta Proton Persona dan dua mangsa bermotosikal cedera parah.

"Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Serdang untuk bedah siasat manakala tiga mangsa lain yang cedera parah dihantar ke hospital sama untuk rawatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, ketika tiba di lokasi kejadian, anggota penyelamat mendapati terdapat seorang mangsa tersepit dalam salah sebuah kereta.

“Selepas mangsa dikeluarkan, pegawai perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia dan kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Artikel Berkaitan: