X

Kindly register in order to view this article
!

Bersatu Pulai mahu Osman dikenakan tindakan disiplin

Osman Sapian
A
A

JOHOR BAHRU - Tindakan bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian yang didakwa menyokong calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi sewaktu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ketua Bahagian Bersatu Pulai, Ya'cob Atan berkata, pihaknya akan mengemukakan aduan tindakan disiplin parti ke atas Osman.

Menurutnya, tindakan Osman menentang calon yang disokong parti boleh menyebabkan keahliannya di dalam parti boleh terhenti mengikut Fasal 10.2.2 dan 10.2.3 Perlembagaan Bersatu

Ya'cob Atan
Ya'cob Atan

"Jika dakwaan ke atas Osman ini betul, keahliannya akan terhenti. Bersatu Bahagian Pulai akan adakan mesyuarat 3 September ini untuk membincangkan langkah selanjutnya," katanya dalam sidang media hari ini.

Video Osman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Kempas berucap dipercayai berkempen menyokong calon Bebas ketika PRK DUN Slim tular sejak kelmarin.

Ketika diminta mengulas mengenai kesan terhadap kedudukan kerajaan negeri jika keahlian Osman terhenti, Ya'cob menjelaskan perkara itu tidak menjejaskan majoriti mudah wakil rakyat.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!