Polis lengkapkan kertas siasatan jemaah ditampar, ditendang

Rakaman CCTV memaparkan insiden yang berlaku di Masjid Felda Palong 7.
Rakaman CCTV memaparkan insiden yang berlaku di Masjid Felda Palong 7.
A
A
A

JEMPOL - Polis sedang melengkapkan siasatan berhubung seorang jemaah yang ditampar dan ditendang dalam satu kejadian selepas solat Isyak di Masjid Felda Palong 7 di sini pada 24 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Mohd Khairiel Mohd Arif berkata, kertas siasatan itu akan diserahkan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Menurutnya, siasatan dijalankan berikutan aduan dibuat oleh mangsa berusia 62 tahun terhadap suspek yang juga berusia lingkungan 60-an.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Sinar Harian pada Jumaat lalu melaporkan dalam kejadian pada 24 Ogos lepas itu, suspek bertindak menampar dan menendang muka mangsa selepas sejadah yang dibawa mangsa terkena belakang suspek.

Rakaman video kejadian terbabit turut tular di Facebook dan mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya mahu polis mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan kejadian sama tidak berulang.

ARTIKEL BERKAITAN: Warga emas ditampar, ditendang dalam masjid

Artikel Berkaitan: