Penjaga premis barang tiruan larikan diri

KPDNHEP Kuala Lumpur dengan kerjasama DBKL menyerbu sebuah premis di Jalan Petaling, Kuala Lumpur, kelmarin yang disyaki menjual barangan tiruan.
KPDNHEP Kuala Lumpur dengan kerjasama DBKL menyerbu sebuah premis di Jalan Petaling, Kuala Lumpur, kelmarin yang disyaki menjual barangan tiruan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur kelmarin merampas 56 unit barang tiruan berjenama mewah bernilai kira-kira RM1,000 ketika serbuan di sebuah premis di Jalan Petaling di sini.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Kuala Lumpur, Zubir Hamsa berkata, Ops Tebah dilakukan bersama penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ke atas premis yang menjual barangan terbabit kira-kira jam 2 petang.

Menurutnya, ketika serbuan penjaga premis bertindak melarikan diri selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa.

"Pemeriksaan menemui pelbagai barang disyaki tiruan terdiri daripada pakaian serta topi berjenama Puma, Nike, Adidas, Vans, Louis Vuitton, Versace dan Lacoste.

"Siasatan masih dijalankan untuk mengesan pemilik premis dan kes telah disiasat di bawah Seksyen 102(1)(b) Akta Cap Dagangan 2019," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

KPDNHEP Kuala Lumpur dengan kerjasama DBKL menyerbu sebuah premis di Jalan Petaling, Kuala Lumpur, kelmarin yang disyaki menjual barangan tiruan.
KPDNHEP Kuala Lumpur dengan kerjasama DBKL menyerbu sebuah premis di Jalan Petaling, Kuala Lumpur, kelmarin yang disyaki menjual barangan tiruan.

Dalam pada itu, katanya, sebanyak 18 kes terhasil di bawah Akta Cap Dagangan 2019 dengan nilai sitaan sebanyak RM2.2 juta

"Kementerian menerusi Bahagian Penguatkuasa memberi amaran keras kepada individu atau syarikat supaya tidak melanggar undang-undang khususnya melibatkan penjualan dan pengedaran barangan tiruan.

Artikel Berkaitan:

"Sebarang aduan boleh disalurkan kepada Kementerian ini melalui Portal e-aduan@kpdnhep.gov.my, Call Centre 1800 886 800, Emel e-aduan@kpdnhep.gov.my, aplikasi telefon pintar Ez ADU, Enforcement Command Centre (ECC) 03-8882 6245 / 6088, talian 03-8000 8000 Malaysia Government Call Centre (MYGCC), Whatsapp ke 019- 279 4317 atau lapor ke mana-mana 73 buah pejabat KPDNHEP di seluruh negara," katanya.