Kaki judi tergamam diserbu polis

Polis menyerbu sebuah rumah teres di Kampung Jenjarom, Banting dan membongkar kegiatan judi mahjong, semalam.
Polis menyerbu sebuah rumah teres di Kampung Jenjarom, Banting dan membongkar kegiatan judi mahjong, semalam.
A
A
A

BANTING - Keasyikan kaki judi bertaruh di sebuah rumah teres di Kampung Jenjarom di sini terhenti selepas dikejutkan dengan serbuan polis semalam.

Serbuan kira-kira jam 5 petang itu menahan 29 individu berusia lingkungan 40-an hingga 80-an yang dipercayai terlibat dalam judi mahjong.

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Zuhairee Mohamad Rashid berkata, siasatan mendapati kegiatan itu didalangi seorang lelaki berusia 60 tahun yang mengaku sebagai penganjur.

"Dalam operasi ini, polis merampas peralatan perjudian antaranya meja, kerusi, papan dan buah mahjong serta wang tunai lebih RM2,000," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Peralatan perjudian turut dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Jenjarom, Banting semalam.
Peralatan perjudian turut dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Jenjarom, Banting semalam.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Katanya, selain itu, kesemua tangkapan turut disiasat mengikut Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan kerana cuai dan mungkin merebakkan jangkitan sebarang penyakit.

"Kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Serbuan dilakukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor hasil maklumat dan risikan.

>