X

Kindly register in order to view this article
!

Lelaki dera anak kekasih disambung reman

Nik Ezanee Mohd Faisal
A
A

PETALING JAYA - Seorang pemandu e-hailing yang disyaki mendera anak lelaki teman wanitanya sehingga meninggal dunia, disambung reman enam hari untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, suspek berusia 26 tahun itu disambung reman bermula hari ini hingga 4 September ini.

"Sebelum ini, suspek direman tujuh hari bermula 23 Ogos hingga semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Nik Ezanee berkata, laporan bedah siasat mendapati punca kematian kanak-kanak lelaki berusia dua tahun itu adalah 'blunt trauma head injury'.

"Kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki dera anak teman wanita sampai mati diberkas

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan seorang kanak-kanak lelaki maut dipercayai didera oleh teman lelaki ibunya di Flat Vista Damansara, Kampung Sungai Kayu Ara, di sini.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku semasa ibu mangsa meninggalkan anaknya bersama teman lelakinya itu sementara keluar untuk membeli makanan.

Setelah pulang, wanita terbabit mendapati anaknya berada dalam keadaan tidak sedarkan diri manakala teman lelakinya telah melarikan diri.

Kanak-kanak berkenaan telah dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum disahkan meninggal dunia akibat kecederaan di kepala.

Pada 22 Ogos lalu, suspek yang memandu sebuah kereta Perodua Bezza, ditahan polis di Jalan PJS9/1, Subang Jaya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!