X

Kindly register in order to view this article
!

Osman perlu buat permohonan maaf terbuka

Razali Idris
A
A

SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian perlu tampil memohon maaf dan menyatakan pendiriannya secara terbuka selepas didapati membantu calon Bebas berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Razali Idris berkata, sebagai ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas itu seharusnya tahu dan faham mengenai perlembagaan parti.

"Osman sepatutnya memohon maaf secara terbuka sekiranya dia benar pergi bantu dan kempen untuk calon Bebas.

"Kalau tidak berlaku permohonan maaf, kita serah kepada Lembaga Disiplin untuk ambil tindakan ataupun kalau dah langgar akta tidak perlu rujuk kepada Lembaga Disiplin (kerana) namanya tergugur macam itu sahaja sama seperti Tun Dr Mahathir Mohamad dan yang lain-lain," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Osman yang didakwa membantu calon Bebas berkempen dalam PRK DUN Slim baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Razali berkata, Osman masih lagi mempunyai pilihan untuk kembali kepada parti selagi mana tiada tindakan dikenakan ke atas beliau.

Katanya, kekalahan teruk calon Bebas pada PRK itu juga jelas memperlihatkan Parti Pejuang tidak mempunyai hala tuju.

"Saya harap dia (Osman) berfikir dengan matang, kalau parti (Bersatu) masih tidak ambil tindakan, beliau masih ada masa untuk kembali," katanya.

Terdahulu, Osman semasa PRK DUN Slim baru-baru ini, menyampaikan ucapan di sebuah restoran dan video tersebut menjadi tular dalam media sosial.

Video Ketua Bahagian Bersatu Ayer Hitam yang berdurasi satu minit 15 saat itu memaparkan, Osman mengatakan bahawa Bersatu sudah beralih arah daripada penubuhan awalnya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!